Tinjauan pembelian panik PKPB

Iklan

Orang ramai dilihat membeli barangan keperluan seperti biasa dan tidak membuat pembelian panik biarpun terdapat spekulasi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula ketika tinjauan foto BERNAMA di pusat membeli belah St Rosyam Mart di sini hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini dan menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panik berikutan adanya spekulasi kerajaan akan melaksanakan semula PKP di seluruh negara.

Iklan
Iklan