Elak pembelian panik

Iklan
Barangan keperluan harian basah dan kering kelihatan mencukupi serta orang ramai membeli-belah barangan keperluan seperti biasa dan tidak melakukan pembelian panik berikutan terdapat spekulasi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula di pusat membeli belah Pasar Raya Borong NSK Trade City, di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, bekalan barangan dalam pasaran ketika ini adalah terkawal.

Kesemua anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara akan terus giat melakukan pemantauan setiap hari bagi memastikan bekalan barangan keperluan terus terjamin buat semua pengguna. - Foto Bernama