Bomba Fighter bermula cemerlang

Iklan
Bomba Fighters bermula cemerlang pada aksi pertama Kumpulan A STL Champios Cup menewaskan Putrajaya Cyborg 2-1 sebentar tadi

REGU Bomba Fighters memulakan langkah kanan pada saingan STL Champions Cup apabila berjaya menundukkan Putrajaya Cyborg bagi aksi sulung kumpulan A.

Kemenangan tersebut tidak hadir dengan mudah kerana terpaksa berhempas pulas selepas tewas pada set pertama dengan 17-21.

Iklan
Iklan

Bagaimana pun trio Afiq Ramli, Irsyad Faiz Aziz dan Razman Raof kembali bangkit pada set kedua dengan 25-23 sebelum memastikan kemenangan berpihak kepada mereka di set ketiga dengan 21-15.

Menurut Pengurus Bomba Fighters, Muhamad Ismail Famin Abd Salam, pemainnya 'lambat panas' pada set pertama menyebabkan mereka tewas.

Iklan
Bomba Fighters bermula cemerlang pada aksi pertama Kumpulan A STL Champios Cup menewaskan Putrajaya Cyborg 2-1 sebentar tadi

"Ia mungkin disebabkan oleh penyesuaian gelanggang yang agak lambt dan bermain di arena lebih besar, jadi pemain sedikit gugup.

"Bagaimanapun, ia berjaya di atasi pada set kedua dengan regu Bomba Fighters mula mendapat rentak bagi menyamakan kedudukan. Alhamdulillah, kita berjaya menang pada set penentuan untuk membawa pulang mata berharga," katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Iklan

Lawan mereka pada perlawanan kedua kumpulan B ialah Juara Liga Sepak Takraw STL 2020, KL Thunder pada hari ini jam 8.15 malam.

Muhamad Ismail, kami akan menurunkan regu terbaik untuk memberikan saingan kepada KL Thunder yang diletakkan selaku pasukan pilihan.

"Insya-ALLAH, kita akan berikan tentangan sengit kepada pasukan KL Thunder yang mana kita semua tahu mempunyai pemain berkualiti," katanya.