CPB sediakan moratorium untuk peminjam B40, M40

Iklan
Kamari Zaman (tengah) bergambar bersama penerima bantuan bagi program 'back to school' yang diadakan pada Ahad.

-

BUKIT MERTAJAM - Co-opbank Pertama (CBP) memberi lanjutan tiga hingga enam bulan moratorium kepada pelanggannya dalam kalangan golongan B40 dan M40.

Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari berkata, lanjutan itu diberikan bagi membantu mereka yang berdepan dengan cabaran kewangan akibat impak daripada Covid-19 dan bencana alam yang terpaksa di hadapi ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, moratorium fasa ketiga yang ditawarkan bermula Januari hingga Jun hanya diberikan kepada pelanggan kategori individu dengan melibatkan pinjaman keseluruhan sebanyak RM12 juta.

"Kita peka dan prihatin dengan situasi yang mencabar ini ada di kalangan pelanggan kita hilang punca pendapatan seperti dibuang kerja atau pemotongan gaji dan disebabkan itu kita memberikan kelonggaran ini kepada mereka supaya mereka boleh meneruskan kehidupan.

Iklan

"Terdapat dua skim lanjutan yang disediakan untuk golongan B40 dan M40 iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan malah ada yang diberikan sehingga enam bulan dalam fasa ketiga ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan dalam program back to school 2020 pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abd Razak.

Iklan

Mengulas lanjut, Kamari berkata, walaupun impak kepada pihaknya agak ketara berikutan tidak menerima sebarang bayaran balik pinjaman dalam tempoh penangguhan, namun CBP mampu mengekalkan operasi dengan strategi perniagaan yang diatur.

Selain moratorium yang diberikan, Kamari Zaman berkata, pihaknya juga menyediakan pinjaman dalam tempoh moratorium melalui skim CB Prihatin dengan peruntukan RM100 juta yang ditawarkan kepada pelanggan kategori koperasi, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan golongan profesional.

Tambahnya, CBP juga menawarkan pinjaman untuk kategori individu dengan peruntukan RM500 juta dan mendapat sambutan menggalakkan yang memberi manfaat kepada 7,240 peminjam setakat ini.

"Walaupun kita berdepan dengan situasi yang sukar, namun kami optimis mampu memperkukuhkan lagi operasi dengan meraih keuntungan melebihi RM90 juta pada tahun ini.

"Pastinya bukan mudah untuk mencapai sasaran pada ketika ini namun pihak lembaga CBP akan bekerja keras dengan merangka pelbagai strategi dalam berdepan situasi semasa," katanya.

Beliau berkata, antara strategi yang dibuat dengan memperkenalkan dan memasarkan produk-produk perniagaan terbaharu dalam usaha menarik pelanggan baharu.

Jelasnya, CPB bakal memperkenalkan skim 'i-Contract’ dan i-Factoring’ yang berkonsepkan patuh syariah selain mewujudkan saluran ejen CBP.

"Melalui saluran ejen, kami tidak memerlukan cawangan dan pelanggan boleh pergi ke ejen kami di kedai-kedai runcit untuk melakukan aktiviti perbankan dalam peringkat rendah seperti deposit, pengeluaran dan pemindahan wang. Ia adalah projek perintis yang sedang kami usahakan.

"Selain itu, kami juga mempunyai produk baharu dikenali i-Salam Savings iaitu produk menggiatkan aktiviti menyimpan yang mana kami memberikan insentif lebih tinggi berbanding yang ditawarkan bank-bank lain bagi menggalakkan pelanggan menabung di CBP," katanya.