Mourinho puas hati aksi Alli

Iklan
Alli melepasi kawalan pertahanan dan melakukan percubaan ke gawang Marine.

PENGENDALI Tottenham Hotspurs Jose Mourinho berpuas hati dengan aksi Dele Alli pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris berdepan Marine di Roset Park pada awal pagi Isnin.

Menurut Mourinho, Alli dilihat banyak memainkan peranan bagi membantu kejayaan pasukan pada perlawanan berkenaan biarpun sudah lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, pemain berusia 24 tahun itu dilihat sudah bersedia untuk kembali beraksi bersama skuad The Lilywhite itu.

"Saya gembira dengan prestasinya pada perlawnan ini; walaupun pada mulanya saya enggan mengambil risiko berikutan keadaan padang tidak begitu baik dan mampu membahayakan pemain.

Iklan

"Tetapi Alli nyata seorang pemain yang profesional dan dinamik sehingga turut mempengaruhi rakan-rakan sepasukannya untuk beraksi dengan baik walaupun berdepan dengan pihak lawan yang kelihatan begitu bersemangat,” katanya.

Alli melepasi kawalan pertahanan dan melakukan percubaan ke gawang Marine.

Biarpun tidak menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan, Alli dilihat terlibat bagi membantu tiga jaringan daripada Carlos Vinicius pada minit ke-24, 30 dan 37, Lucas Moura (minit ke-32).

Iklan

Selain itu, Alli turut terlibat dalam membantu pemain berusia 16 tahun, Alfie Devine menjaringkan gol pada minit ke-60.

Sementara itu Mourinho tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan Alli pada aksi berdepan Manchster City bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Rabu.

"Kehadiran Alli pada perlawanan kali ini memberikan impak, tetapi ia bukannya diukur daripada kualiti, tetapi ia diukur daripada segi profesionalisme dan prestasi yang dipamerkannya.

"Apa pun, saya memang gembira dengan prestasinya dan dia berkemungkinan akan diturunkan awal pagi Rabu nanti,” katanya.