SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan Malaysia diwakili Kementerian Kesihatan pada Isnin telah menandatangani perjanjian bagi pembekalan vaksin Covid-19 Pfizer di negara ini.
Menerusi satu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan, majlis menandatangani perjanjian berkenaan dimeterai secara virtual oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi pihak kerajaan manakala Pfizer diwakili Pengurus Negara (Malaysia/Brunei), Luksanawan Thangpaibool.
Tambah kenyataan itu, perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari hadapan.
"Meliputi 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.
"Perjanjian yang dimeterai pada hari ini adalah untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia menunjukkan dokumen perjanjian pembuatan dan pembekalan vaksin Pfizer Covid-19 kepada Pengurus Negara Pfizer Malaysia dan Brunei, Luksanawan Thangpaibool (skrin) selepas menandatanganinya melalui sidang video di Kementerian Kesihatan pada Isnin. --fotoBERNAMA