Bekas Pengarah MSN Negeri Sembilan meninggal dunia

Iklan
Fouzee Abd Aziz

SEREMBAN - Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan, Fouzee Abd Aziz, 70, meninggal dunia pada pagi Isnin.

Anak saudara Allahyarham, Wan Salwati Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Allahyarham pengsan di kediamannya di Taman Sri Rahang lebih kurang jam 6 pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

Iklan
Iklan

"Arwah tiba-tiba jatuh dan pengsan. Ahli keluarga kemudiannya menghubungi ambulan sebelum membawanya ke HTJ.

"Namun sebaik sampai di hospital pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia," katanya.

Iklan

Menurutnya, beliau difahamkan, Allahyarham mempunyai masalah jantung namun tidak serius.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said selepas solat Zuhur.

Iklan

Allahyarham juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Petanque Negeri Sembilan dan juga pernah memikul tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan Sepak Takraw Negeri Sembilan.