Harga runcit RON95, RON97 naik 4 sen

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 naik 4 sen seliter manakala harga runcit bagi diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Kenaikan itu bermakna harga runcit RON97 kini adalah RM2.27 seliter manakala harga runcit RON95 adalah RM1.97 seliter bagi tempoh 9 Februari hingga 15 Februari 2019.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan dikeluarkan kementerian, harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya.

"Harga berubah daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Harga RON95, RON97 turun 5 sen, diesel kekal

"Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel namun harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga dijanjikan kerajaan iaitu RM2.20 seliter,” memetik kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, peningkatan harga runcit diesel di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel dinaikkan 1 sen seliter menjadi RM2.19 seliter.

"Bagaimanapun, selaras dengan janji Kerajaan Persekutuan PH untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter sekiranya harganya melebihi paras itu, harga runcit diesel bagi tempoh 9 Februari hingga 15 Februari 2019 dikekalkan tanpa berubah pada paras RM2.18 seliter,” ujarnya.

Minggu lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 turun sebanyak lima sen bagi tempoh 2 Februari hingga 8 Februari 2019.

Begitupun, dalam kenyataan dikeluarkan kementerian, Guan Eng menyatakan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Infografik FWOD