Rakyat perlu patuh SOP setiap masa: Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa bagi melindungi diri, keluarga dan rakan sejawat daripada penyebaran wabak Covid-19.

Beliau berkata, jangkaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dengan kemungkinan 8,000 kes setiap hari itu sangat membimbangkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, adalah sangat penting rakyat memainkan peranan tanpa mengira kedudukan, ras, agama ataupun parti politik.

"Saya mendoakan kesembuhan buat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan lain-lain yang telah dijangkiti Covid-19.

Iklan

"Apa yang terutama adalah para pemimpin politik mesti tingkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima sebarang layanan istimewa ketika mereka berada di dalam kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan harus segera mendedahkan apa rencana dan juga strategi bagi membendung penularan wabak tersebut tatkala sistem kesihatan sudah semakin tenat.

Iklan

Katanya, kerajaan juga perlu merancang bagaimana ekonomi harus terus bergerak ketika ini.

"Saya mengulangi penghargaan saya kepada para petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tugas meski terus terdedah kepada wabak ini.

" Pengorbanan mereka pada negara dan rakyat tidak kecil nilainya serta wajar disanjungi,” katanya.