Latih beruk pulas kelapa

Iklan
Pelatih beruk Samsuddin Ibrahim, 50, atau mesra dikenali sebagai Sudin Chepo melatih beruk jantan bernama Saleh, 3, dengan teknik memulas kelapa di Sekolah Beruk miliknya di Kampung Tok Saadang, hari ini.

Sejak 30 tahun lalu beliau telah melatih lebih 100 ekor beruk sehingga mahir dan dapat menggunakan pelbagai teknik untuk memetik kelapa sekaligus menjadikan beruk itu dapat dijual dengan harga pasaran tinggi sehingga mencecah RM4,000 seekor. - Foto Bernama