Ular sawa batik 100kg berlingkar tepi jalan

Iklan
Anggota APM mengambil masa selama 15 minit untuk mengangkat ular sawa batik yang ditemui di tepi jalan di Kampung Jati, Gong Badak, Kuala Nerus pada Sabtu.

KUALA NERUS - Dua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini membuat panggilan kecemasan selepas tiga hari berturut-turut terserempak dengan seekor ular sawa batik di tepi jalan di Kampung Jati, Gong Badak di sini.

Ular sawa berkenaan dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram.

Iklan
Iklan

Syazwan Wan Jamil, 23, berkata, dia bersama seorang rakannya, Wan Zafri Najmi Wan Mohd Kamal, 23, terserempak dengan ular berkenaan pada malam Sabtu ketika hendak membeli makanan berhampiran rumah sewanya di kampung berkenaan.

Menurutnya, mereka pada mulanya terserempak dengan ular itu pada malam Khamis lalu, namun ia terus menyelinap masuk ke dalam semak berhampiran.

Iklan

Katanya, mereka sekali lagi terserempak ular sama pada malam Jumaat, namun haiwan itu sekali lagi melarikan diri.

"Dalam jam 9 malam Sabtu lalu ketika menaiki kereta untuk membeli makanan, kami sekali lagi terserempak ular yang sama.

Iklan
Ular sawa batik yang ditangkap anggota APM di tepi jalan di Kampung Jati, Gong Badak di Kuala Nerus pada Sabtu.

"Ketika balik dari kedai kira-kira setengah jam kemudian, ular itu dilihat masih berlingkar dan tidak bergerak di tepi jalan mungkin kerana kekenyangan. Kami segera hubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Syazwan berkata, dia tidak menyangka ular sawa itu mempunyai berat lebih 100 kilogram dan panjang mencecah 4.57 meter.

"Selepas anggota APM mengangkat ular itu dan bawa ke tengah jalan, barulah nampak keseluruhan saiznya yang besar.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak APM kerana berjaya menangkap ular itu memandangkan kebanyakan penduduk di kawasan ini masih tidak tahu mengenai kewujudan reptilia berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuala Nerus, Kapten (PA) Zahidi Zainudin berkata, pihaknya mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular sawa itu sebabkan haiwan berkenaan agresif dan melawan.

"Kita berterima kasih atas maklumat disalurkan kerana ia amat membantu bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.