'Kita punya bakat yang tak kurang hebat'

Iklan
Diddy Hirdy

PENYANYI, Diddy Hirdy, mengambil peluang baik dengan memperkenalkan muzik tanah air Malaysia di tempatnya mengajar, Universiti Liverpool, England.

Diddy Hirdy yang juga merupakan pensyarah muzik di institusi tersohor negara itu, berkata, dia mengambil contoh juara AJL 33 sebagai pendedahan awal kepada para pelajarnya.

Iklan
Iklan

"Masih lagi terasa bahang #AJL33 yang baru melabuhkan tirai, Diddy membuka tirai pengenalan kepada para pelajar di sini dengan popular music industry di Malaysia dengan memperkenalkan juara lagu tahun ini.

"Kalau tanya mereka, memang tak familiar dengan Malaysian music. Walaupun kita ramai penyanyi yang berjaya menembusi ke peringkat antarabangsa.

Iklan

"Di kesempatan ini, Diddy gunakan peluang untuk mereka tahu yang kita punya bakat yang tak kurang hebatnya.

"Sekarang mereka sudah tahu sikit sebanyak Juara lagu kita tahun ini, penyanyi kita seperti Dayang Nurfaizah dan Hael, juga komposer dan hasil karya seni kita," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Diddy turut berkongsi pemenang ramalannya.

"Sebenarnya ada dua lagu pilihan Diddy yang boleh jadi juara: Haram atau Sampai Bila.

"Tapi overall keputusan pada Diddy memuaskan. Biasa lah pertandingan yang bermain dengan subjectivity, the judging panel pun ramai dari pelbagai latarbelakang muzik, banyak aspect dinilai dan pada akhirnya memang bergantung pada rezeki.

"Berjaya sampai ke peingkat akhir di pentas yang berprestij ini pun sebenarnya adalah satu pengiktirafan besar dari industri.

"Tahniah kepada semua finalists dan semua karyawan muzik kita. Terima kasih juga pada TV3 yang konsisten memberi sokongan pada industri muzik dengan penganjuran AJL buat kali ke 33 ini," katanya lagi.

Diddy juga berharap agar penggiat seni industri tempatan terus berkarya sehingga dapat mengharumkan nama Malaysia.

"Untuk sahabat-sahabat dalam industri muzik, teruskanlah berkarya dan meneruskan evolusi industri muzik Malaysia supaya lebih kompetitif di mata dunia dan mampu mencetuskan fenomena secara global. I am very optimistic that we can do it!," akhirinya.