30 peratus kumpulan pengurusan bertugas di pejabat: KSN

Iklan
Mohd Zuki Ali

PUTRAJAYA - Semua perkhidmatan kerajaan akan beroperasi dengan kehadiran 30 peratus kumpulan pengurusan, manakala kumpulan sokongan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dari 13 hingga 26 Januari.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan penjawat awam sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020.

Iklan
Iklan

"SOP (prosedur operasi standard) PKP, PKPB dan PKPP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara termasuk semua arahan oleh pihak berkuasa hendaklah dipenuhi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengenai pelaksanaan tiga kategori PKP itu.

PKP akan dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Iklan

PKPB akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala PKPP di Perlis serta Sarawak.

"Ketua-ketua jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman,” kata Mohd Zuki. - Bernama

Iklan