ICT Zone Asia sasar tingkat pendapatan pada 2021

Iklan
ICT Zone Asia

ICT Zone Asia Bhd (ICT Zone Asia) menyasarkan untuk memperluas aliran pendapatannya pada tahun ini menerusi rangkaian penawaran produk tambahan termasuk perisian pengurusan peranti dan perkhidmatan perisian keselamatan komputer pada Jun depan.

Pengarah Urusan dan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Kok Wang berkata, gangguan ekonomi akibat penularan Covid-19 menyebabkan lebih ramai orang bekerja dari jarak jauh, sekali gus meningkatkan permintaan bagi penyelesaian digital.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembekal penyelesaian ICT itu memulakan debutnya di LEAP Market Bursa Malaysia Securities Bhd dengan penyenaraian 533.8 juta saham pada harga rujukan 16 sen sesaham dan 75.32 juta saham keutamaan boleh tukar yang tidak dapat ditebus (ICPS) pada 20 sen setiap ICPS.

ICPS menawarkan kadar dividen 10 peratus untuk jangka masa lima tahun.

Iklan

"Disebabkan digitalisasi ekonomi dan kelajuan evolusi teknologi, ada peluang tidak terukur ditunjukkan oleh industri penyelesaian ICT yang berkembang di Malaysia dari RM27.9 bilion pada tahun 2016 menjadi RM34.7 bilion pada tahun 2019 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompang 7.5 peratus.

"Ini, digabungkan dengan pandemik Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini dan telah melanda seluruh dunia, menghasilkan pergeseran yang cepat ke arah ekonomi digital," katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Menurutnya, ICT Zone Asia menawarkan pilihan baharu untuk membiayai penyelesaian ICT pada tahun 2021.

Katanya, dengan pembiayaan pemfaktoran, ICT Zone Asia memberikan modal kepada saluran dan rakan strategiknya untuk memudahkan pembelian penyelesaian ICT secara langsung kerana mereka kebiasaannya menghadapi masalah aliran tunai.

Beliau berkata, setelah disenaraikan, permodalan pasaran syarikat itu berjumlah RM85.4 juta.

Dalam pada itu, Kok Wang berkata, ICT Zone Asia berjaya melancarkan Skim Ventures ICT Zone patuh Syariah pertama di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 Pendaftar Syarikat Malaysia pada tahun 2011 untuk membiayai perniagaan sewa dan pajakan kumpulan.

Katanya, pada 31 Januari 2019, pelaburan terkumpul tahun ini meningkat daripada RM2.2 juta pada tahun pertama kepada RM34.1 juta dengan 1,047 pemegang kepentingan ICT.

"Berdasarkan pelaksanaan penyenaraian, syarikat menyelesaikan penebusan dan penamatan Skim Ventures ICT Zone pada 13 Ogos 2020 dan menebus pelaburan RM18.8 juta dengan 383 pemegang kepentingan ICT melalui penerbitan saham dan ICPS," katanya.

Menurutnya, dalam usaha untuk memperluas pangkalan pelanggannya untuk merangkumi pengguna runcit dan penjual semula pihak ketiga, kumpulan itu melancarkan platform e-dagang sendiri iaitu www.komputermurah.my pada Februari 2020.