Tok Pa beransur baik, cuma suara parau

Iklan
DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED

KOTA BHARU-Kesihatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed dilaporkan beransur baik selepas diwadkan pada Sabtu setelah disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Jeli itu menerusi Facebooknya pada Selasa yang turut memaklumkan suhu badan beliau juga normal.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kesihatan saya baik. Suhu normal, tiada batuk, cuma suara parau sikit.

"Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan, yang berdoa dan melakukan solat hajat,” katanya.

Iklan

Beliau turut menyatakan, doktor, jururawat dan seluruh warga Hospital Raja Perempuan Zainab II memberikan perkhidmatan terbaik bagi merawat semua pesakit dalam situasi terkini.

"Saya juga yakin warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan frontliners di seluruh negara sedang melaksanakan tugas mereka dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

Iklan

"Mereka yang sedang dirawat di pusat kuarantin atau di hospital amat memahami betapa tekanan yang dirasai oleh perkhidmatan kesihatan di seluruh negara,” katanya.