Perintah darurat harus hormati ruang demokrasi rakyat

Iklan
Sivarajan

SHAH ALAM - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengharapkan kerajaan tidak menyalahgunakan perundangan darurat untuk kepentingan politik.

Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan berkata, dengan penangguhan sesi Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diharapkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat menggunakan perundangan darurat tersebut untuk mengawal wabak Covid-19 dengan baik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ruang demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia harus sentiasa dikekalkan dan dipratikkan.

"Sepertimana yang dijelaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, perintah darurat ini bukanlah suatu perampasan kuasa ‘coup’ tentera dan kerajaan awam akan berfungsi seperti biasa, maka segala hak rakyat yang sah harus dihormati dan tidak diketepikan.

Iklan

"Apa jua Ordinan Darurat yang akan diimplementasi, tidak seharusnya mengekang suara kritis rakyat terhadap apa jua polisi atau tindakan kerajaan yang menjejaskan rakyat.

"Keterbukaan dan kelibat urusan untuk menerima maklum balas rakyat sentiasa harus disediakan, Ordinan Darurat tidak seharusnya digunakan untuk menekan kebebasan bersuara rakyat yang ikhlas dan relevan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sivarajan berkata, PSM berharap Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan dapat memantau pelaksanaan kawalan Covid-19 dan menyediakan saluran maklum balas daripada rakyat dan organisasi masyarakat dari masa ke masa.

Ujarnya, apabila hak kebebasan bersuara dihormati dan kerajaan terbuka menerima maklum balas rakyat, perintah darurat ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

"PSM juga risau perintah darurat ini akan diambil kesempatan oleh para kapitalis untuk merampas hak tanah dan sumber alam daripada rakyat.

"Jika aktiviti ekonomi seperti pembalakan, pembangunan yang mengusir penduduk atau petani, perampasan tanah adat orang asli, maka bagaimanakah rakyat akan bersuara menentang penindasan ini?

"Rakyat akan tersepit jika mereka terpaksa akur kepada perintah kawalan dan dihalang melakukan apa jua protes menghentikan tindakan mereka yang merampas hak mereka,” katanya lagi.

PSM bercadang, perintah darurat haruslah dilangsungkan kepada semua aktiviti ekonomi yang akan menjejaskan kehidupan rakyat setempat, sama ada di kawasan tanah adat orang asli, hutan terpelihara, kawasan sensitif alam sekitar, kawasan peneroka bandar, tanah pengusahaan petani dan sebagainya.