Suasana di Pasar Sentral UTC Labuan kelihatan tenang ketika tinjauan hari ini, menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Labuan untuk tempoh 14 hari bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Januari depan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik kerana premis perniagaan barangan makanan serta keperluan asas masih dibuka dalam tempoh PKP itu.