Aliran trafik Lembah Klang sesak berikutan PKP, darurat

Iklan
Keadaan aliran trafik di sekitar kawasan Lembah Klang dilihat mengalami kesesakan sepanjang hari ini. Foto Bernama

SHAH ALAM - Keadaan aliran trafik di sekitar kawasan Lembah Klang dilihat mengalami kesesakan sepanjang hari ini.

Dipercayai, kesesakan itu berlaku kerana orang ramai mencari barang keperluan menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perisytiharan darurat.

Iklan
Iklan

Jalan-jalan yang mengalami kesesakan melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Jalan Duta - Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong.

Berdasarkan aplikasi Google Map, kesesakan lalulintas ini meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Iklan

Selain itu, kemalangan berlaku di beberapa kawasan seperti Persiaran Kewajipan, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Kuching dan Lebuhraya Baru Lembah Klang turut menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, penutupan jalan turut berlaku di lokasi-lokasi tertentu seperti Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Raja Hassan, Jalan Parlimen, Jalan Mamanda Sembilan dan Jalan Jelatek.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin mengumumkan pelaksanaan PKP bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari hingga 26 Januari.

Enam negeri yang terlibat adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.