Banjir kini beralih ke Sabah

Iklan
Penduduk Kampung Korina Sikuati meninggalkan rumah mereka untuk berpindah ke pusat penempatan banjir di SK. Sikuati Kudat apabila rumah mereka dinaiki banjir hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketika keadaan banjir di beberapa negeri di Semenanjung menunjukkan tanda-tanda pulih, Sabah pula menghadapi bencana itu.

Hujan lebat sejak Ahad lepas yang memaksa kumpulan mangsa pertama di negeri di Bawah Bayu itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin dijangka berterusan hingga Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Iklan
Iklan

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat itu di Sarawak untuk tempoh sama.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 1,765 orang petang Selasa.

Iklan

Negeri-negeri lain menunjukkan perkembangan positif dan setakat Selasa tiada hujan diramal berlaku.

Selepas Perak dan Terengganu pulih sepenuhnya pada Isnin, Kelantan pula dijangka menyusul esok selepas mangsa di negeri itu hanya berbaki 154 orang yang ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Rantau Panjang.

Iklan

Pahang pula walaupun masih kekal dengan jumlah mangsa yang tinggi iaitu seramai 16,373 orang setakat petang Selasa turut menunjukkan trend menurun sejak Isnin.

Begitu juga di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,274 orang setakat ini. - Bernama