Pengorbanan kedua rakyat Malaysia

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari, namun ia tidak menjejaskan sektor ekonomi penting. - Foto Bernama

HARI ini, seperti yang dijangka rakyat Malaysia di enam negeri kembali melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun kerajaan pada awalnya menafikan penularan berita tersebut dua hari sebelum itu, namun tidak ada pilihan lain untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Dengan jumlah kes melebihi angka 2,000 hampir setiap hari, fasa paling ditakuti itu tidak dielakkan.

Sedar atau tidak, sejak hujung Disember tahun lalu dari segi jumlah kes, Malaysia kini sudah jauh mengatasi China iaitu negara asal bermulanya Covid-19.

Iklan

Setakat Isnin, Malaysia berada di kedudukan ke-69 negara paling banyak mencatatkan kes Covid-19 dengan 130,780 manakala China ditempat ke-82 dengan 87,536 kes.

Situasi genting Covid-19 ditambah kemelut politik yang meletakkan kerajaan kini ibarat di hujung tanduk menyebabkan rakyat Malaysia bakal melalui proklamasi darurat sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh bulan lagi.

Iklan

Walaupun PKP dan darurat mungkin memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia, namun ia juga satu berita pahit kepada sekelompok besar yang lain.

PKP pertama pada 18 Mac tahun lalu menyebabkan negara rugi lebih RM2.4 bilion sehari akibat kebekuan ekonomi, sudah tentu PKP 2.0 akan meningggalkan kesan besar.

Kumpulan peniaga terutamanya peniaga kecil pasti paling terkesan. Industri pelancongan, pengangkutan dan perhotelan pasti akan kembali malap.

Tidak terkecuali kumpulan pekerja yang mungkin kehilangan gaji akibat dipotong majikan. Pendek kata, rakyat terutamanya kelompok B40 dan M40 akan kembali tersepit.

Dalam tempoh ini, sekiranya PKP dilanjutkan lebih daripada dua minggu, kerajaan perlu memikirkan cara terbaik untuk memastikan ketua-ketua keluarga dapat menghidangkan makanan di atas meja di rumah mereka.

Kita telah berjaya melalui fasa PKP 1.0 dengan jayanya sehingga dibanggakan dunia. Semoga pengorbanan kali kedua untuk PKP2.0 ini tidak sia-sia terutamanya apabila ramai ahli politik yang masih tidak kisah dan ligat bermain politik tanpa memikirkan nasib rakyat.