Riadah PKP

Iklan
Orang ramai melakukan aktiviti riadah ketika tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini. Aktiviti beriadah seperti berjoging dan berbasikal dengan anggota isi rumah dibenarkan dalam negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun aktiviti riadah itu hanya tertakluk kepada dua orang saja dan tidak dibenarkan secara berkumpulan. Kerajaan mengumumkan PKP di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula hari ini sehingga 26 Jan ekoran peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan. - Foto Bernama