Iran terus laung slogan 'Kematian buat Amerika'

Iklan
Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berucap dalam pertemuan dengan sekumpulan komander dan anggota Pasukan Tentera Udara Iran. - Foto Khamenei.ir

TEHERAN - IRAN.Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menggelar Amerika Syarikat (AS) sebagai entiti kejahatan dan keganasan yang kewujudannya bergantung kepada pencerobohan ke atas kedaulatan negara lain.

"AS merupakan entiti kejahatan dan keganasan, pencetus krisis dan peperangan," kata Khamenei dalam pertemuan bersama sekumpulan komander dan anggota pasukan Tentera Udara Iran, hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut pemimpin agung berkenaan, kewujudan AS bergantung kepada pencerobohan yang bertujuan menjaga kepentingan mereka sendiri, dan Iran akan terus melaungkan slogan 'Kematian buat Amerika'.

Khamenei berkata demikian, merujuk kepada kenyataan Trump berhubung Iran ketika menyampaikan sebuah ucapan rasmi, Selasa lalu yang menegaskan slogan 'Kematian buat Amerika' merupakan satu bentuk ancaman kepada rakyatnya dan ia tidak akan melepaskan pandangannya terhadap republik Islam terbabit.

Iklan

"Pertama sekali, saya harus menyatakan kepada pegawai AS, slogan 'Kematian buat Amerika' bererti kematian buat Presiden Trump, Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

"Ia bermakna kematian pemerintah AS terbabit dan bukannya negara mahupun rakyatnya secara keseluruhan," kata Khamenei lagi.

Iklan

Beliau turut menegaskan Iran akan terus melaungkan slogan terbabit selagi AS bersikap jahat dan kejam. - Press TV