Wanita tolak lamaran rakan sekerja ditikam depan anak

Iklan
Gambar hiasan.

NEW DELHI - INDIA. Seorang ibu berusia 45 tahun yang juga isteri orang mati dibunuh oleh rakan sekerjanya, selepas wanita terbabit menolak lamaran lelaki tersebut.

Menurut polis, kejadian berlaku di pinggir Nangloi, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pelaku dikenal pasti sebagai Shyam Yadav berusia 27 tahun.

Pemuda terbabit dan mangsa pernah bekerja di kilang kasut di Pansalwa.

Iklan

Mangsa dikatakan berhenti kerja selepas sering diganggu suspek dan kemuncaknya wanita terbabit ditikam dalam kejadian Rabu lalu.

Jurucakap polis, Seju Kuruvilla berkata, mangsa meninggal dunia semasa dirawat di hospital.

Iklan

"Anak perempuan mangsa dalam keterangannya memberitahu, suspek melakukan jenayah itu di hadapan matanya sebelum bertindak melarikan diri.

"Susulan itu, polis melancar gerakan memburu suspek dan pemuda terbabit berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam di sebuah kawasan pakir di Taman Shiv Bux," katanya. - Agensi