Dewan AS tetap luluskan usul singkir Trump

Iklan
Donald Trump. - Foto AFP

WASHINGTON - Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat meluluskan resolusi mendesak Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan untuk menyingkirkan Presiden, Donald Trump kerana pembabitannya dalam rusuhan di Capitol, meskipun naib presiden itu telah memberi amaran bahawa langkah itu akan menjadi duluan terburuk, lapor Agensi Berita Sputnik.

Dewan Senat pada Selasa meluluskan perkara itu dengan 220 berbalas 205 undi. Resolusi itu meminta Pence memangku jawatan presiden selepas Trump didapati"gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

Iklan
Iklan

Pence, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi menjelang undian itu, menyatakan langkah itu akan menjadi duluan terburuk dan boleh memecah belahkan negara. Susulan itu, Dewan pada Rabu memutuskan meneruskan usul mendakwa. - Bernama