KUALA LUMPUR - Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang ramai mulai hari ini hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
DBKL menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini memaklumkan tindakan tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Rabu hingga 26 Januari.
Taman awam seliaan DBKL antaranya ialah Taman Botani Perdana, Taman Awam Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Manjalara dan Taman Tasik Metropolitan Kepong.
Sementara itu, DBKL turut memaklumkan kaunter bayaran utama dan pandu lalu di Menara DBKL1 serta semua kaunter di sembilan pejabat cawangannya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat) sepanjang tempoh PKP.
Bagi kaunter lesen berpusat di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dibuka dari 9 pagi hingga 3 petang, terhad kepada 100 pelanggan sehari.
"Bagaimanapun orang ramai digalakkan menggunakan kaedah bayaran secara dalam talian," menurut kenyataan itu. - Bernama