ADUN Sungai Manik lapor polis dituduh korek pasir

Iklan
Hantaran Facebook individu berkenaan pada 5 Januari mengaitkan Zainol Fadzi dengan syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengorekan pasir di Sungai Batang Padang berhampiran Chikus.

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menafikan tuduhan seorang pengguna media sosial bahawa dirinya terlibat dengan aktiviti mengorek pasir di Sungai Batang Padang berhampiran Chikus.

Beliau berkata, tuduhan tersebut tidak berasas dan mempunyai niat untuk mencemarkan nama baiknya sebagai seorang wakil rakyat di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh pegawai khas ADUN Sungai Manik, Noor Azman Ashkar pada Rabu di Balai Polis Langkap memandangkan tuduhan tersebut tidak disertakan sebarang bukti sahih.

"Saya juga telah meminta peguam untuk mengambil tindakan perundangan kepada pemilik akaun Facebook tersebut kerana mencemarkan nama baik saya sebagai ADUN.

Iklan

"Tuduhan ini dibuat tanpa usul periksa kerana sebarang aktiviti pengorekan pasir bukan di bawah bidang kuasa Pejabat ADUN," katanya yang juga Exco Kerajaan Perak kepada Sinar Harian pada Rabu.

Terdahulu, Zainol Fadzi turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat pegawai khasnya mengenai dakwaan individu berkenaan.

Iklan

Dalam laporan tersebut, Noor Azman turut meminta jabatan dan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan dikemukakan individu tersebut.

Menerusi hantaran pada 5 Januari lalu, individu itu mengaitkan kejadian Jalan Chikus menghubungkan Kampung Attaduri dan Chikus yang rebak sebelum ini disebabkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran sungai berkenaan.

Malah, hantaran tersebut turut mengaitkan syarikat yang melaksanakan kerja-kerja mengorek pasir itu mempunyai hubungan dengan Zainol Fadzi.

Hantaran tersebut turut mendapat 41 reaksi, 21 komen dan lapan perkongsian sehingga 13 Januari.