Ujian saringan Covid-19

Iklan

Orang ramai terutamanya penduduk Selangor mengambil tanggungjawab untuk melakukan ujian saringan COVID-19 secara pandu lalu ketika tinjauan di sebuah klinik swasta di Seksyen 7 Shah Alam hari ini.

Negeri Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021 ini ekoran peningkatan kes harian COVID-19 yang membimbangkan.

Iklan
Iklan

Selain Selangor lima negeri lagi yang dikenakan PKP iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Melaka, Johor, dan Sabah.