Petugas keselamatan membuat pemeriksaan pada setiap kenderaan yang merentasi sempadan negeri Kedah dan Perlis ketika tinjauan Sekatan Jalan Raya (SJR) Kedah-Perlis, dekat Sanglang hari ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan bermula hari ini sehingga 26 Januari.