SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala dilaporkan pada Rabu adalah rakyat Malaysia.
Kedua-dua lelaki yang merupakan pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu.