Pejabat kadi cari waris mualaf

Iklan
Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat sedang mencari waris Mohd Hishamuddin Abdullah@Tay Chek Hooi yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Taman Jasa Jamal, Batu Pahat pada 1 Januari lalu.

BATU PAHAT - Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat sedang mencari waris Mohd Hishamuddin Abdullah @ Tay Chek Hooi yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah rumah perlindungan saudara baru di sini pada 1 Januari lalu.

Pejabat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham yang bernombor kad pengenalan 791128-01-5003 disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang di alamat No 22, Lot 210, Taman Jasa Jamal, Batu 10, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Iklan
Iklan

"Allahyarham yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori fizikal masih bujang dan tidak bekerja mula memeluk Islam di Muar pada 2012 dan berasal dari Kluang.

"Waris atau sesiapa yang mengenali penama terbabit diminta untuk menghubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor di talian 07-4363000," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan