PKPB: Majlis akad nikah dibenarkan di Negeri Sembilan

Iklan
Gambar hiasan

SEREMBAN - Majlis akad nikah di Negeri Sembilan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bilangan kehadiran tidak melebihi 30 orang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Mohd Zaidi Ramli berkata, hanya majlis akad nikah dibenarkan namun jamuan selepas majlis tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

Katanya, setiap tetamu atau jemaah yang hadir pada majlis akad nikah itu, perlu membuat imbasan Kod QR MySejahtera di pintu masuk utama masjid atau surau yang digunakan.

"Hanya majlis akad nikah dibenarkan, jamuan makan-makan atau minum selepas akad nikah adalah dilarang. Warga emas dan kanak-kanak berusia bawah 15 tahun tidak digalakkan hadir ke majlis kecuali wali dan ibu bapa pengantin.

Iklan

"Mereka yang menggunakan masjid atau surau untuk majlis akad nikah wajib mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi mengelakkan sebarang masalah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pihak masjid pula hendaklah bertegas dalam melaksanakan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Iklan

Kata Mohd Zaidi lagi, pihak masjid atau surau dinasihatkan supaya melakukan sanitasi di ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas serta tempat wuduk sekurangnya sekali seminggu.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi memberitahu solat Jumaat akan dilaksanakan seperti biasa mengikut kapasiti ruang solat yang dibuka pihak masjid namun kanak-kanak bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan.