SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR Pusat, Haniza Talha berharap semua Ketua Wanita PKR negeri yang baru dilantik dapat terus berjuang dalam mengangkat institusi dan Agenda Wanita Malaysia ke arah lebih baik dan terkehadapan.
Beliau turut berharap pelantikan Ketua Wanita Negeri yang baharu menjadi pemangkin semangat kepada golongan itu.
"Harapan saya pelantikan ini akan jadi pemangkin semangat kepada wanita untuk terus memperjuang dan mengangkat institusi dan Agenda Wanita Malaysia ke arah yang lebih baik dan terkehadapan.
"Mari kita sama-sama pastikan sayap Wanita ini terus menjadi tunjang utama dalam menentukan hala tuju PKR pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan yang turut mengumumkan nama-nama Ketua Wanita PKR negeri yang baharu dilantik.
Haniza yang juga Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor serta Adun Lembah Jaya berkata, sebagai Ketua Wanita PKR Pusat yang baharu, beliau sudah memulakan langkah bagi mengemudi sayap Wanita ke arah lebih progresif dan dinamik.
"Ia termasuk langkah utama dalam mengatur pelan perancangan sayap untuk tiga tahun ke depan.
"Saya juga ambil inisiatif untuk adakan perbincangan bersama ketua-ketua Wanita Cabang dan ambil maklum beberapa cadangan bagi pelantikan jawatan lantikan dalam sayap Wanita Pusat selaras dengan peruntukan termaktub dalam Peraturan Tetap Wanita PKR," katanya.
Senarai Ketua Wanita PKR Negeri bagi penggal 2018-2021
Perlis - Gan Ay Ling
Kedah - Suraiya Hashim
Penang - Nur Zarina Zakaria
Perak - Chua Yee Ling
Selangor - Dr Daroyah Alwi
Negeri Sembilan - Azlinah b Zamli
Melaka - Ginie Lim Siew Lin
Johor - Rahamizon Abdul Ghani
Wilayah - Idawate Pariman
Pahang - Sitarunisah Ab Kadir
Terengganu - Sharifah Norhayati Syed Omar
Kelantan - Nor Hanazalmah Mat Yusoff
Sabah - Rahimah Majid
Sarawak - Nurhanim Dato’ Mokhsen
Angkat sayap Wanita jadi tunjang utama PKR
Iklan