KUCHING - Jenazah ibu Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, di sini pada jam 11.45 pagi Khamis.
Jenazah Allahyarhamah tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 10.30 pagi selepas disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada 10 pagi.
Iklan
Iklan
Pengebumian itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat Allahyarhamah atas permintaan keluarganya pada Khamis yang memohon orang ramai agar tidak menghadiri upacara itu bagi mengelakkan kemungkinan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Menteri Kanan Kerja Raya meninggal dunia
Allahyarhamah Dayang Rosnah, 90, meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di sini pada 6.30 petang Khamis akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya adalah anak kesembilan Allahyarhamah. - Bernama