KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada kaum India yang meraikan sambutan itu di negara ini.
Dalam hantaran Facebook rasmi beliau, Muhyiddin berharap mereka masih dapat meraikan sambutan itu bersama-sama keluarga walaupun tiada aktiviti kunjung-mengunjung dapat dilakukan.