Perincian kajian asal usul Covid-19 di China akan didedah: WHO

Iklan

BEIJING - Sekumpulan saintis antarabangsa terdiri pakar dari 10 buah negara dan institut tiba di China untuk bersama-sama pakar tempatan bagi menjalankan kajian saintifik mengenai asal usul Covid-19 bermula hari ini (Khamis).

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Harris ketika diwawancara wartawan CGTN telah memberikan butiran terperinci mengenai kandungan dan skala kajian yang akan dijalankan pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya akan mendalami kajian tentang kes Covid-19 yang terawal ditemui di Wuhan dan pelbagai spesies haiwan yang mungkin terlibat wabak sambil menggunakan kaedah penyelidikan seperti serum darah makmal dan antibodi.

Katanya, kajian secara teliti oleh pasukan kali ini memerlukan masa lebih panjang selain itu saintis akan berkongsi hasil keputusan serta data, melaksanakan sumbang saran, dan mengemukakan beberapa hipotesis penyelidikan.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, lawatan ke China ini tidak mempunyai kaitan dengan politik, sama seperti yang dimaklumkan Ketua Pengarah WHO sebelum ini. - Bernama