Banjir di Pahang lambat surut kerana air pasang tinggi

Iklan
Keadaan banjir termenung dan lambat surut di Pahang ketika ini disebabkan fenomena air pasang tinggi.

KUALA LUMPUR- Keadaan banjir termenung dan lambat surut di Pahang ketika ini disebabkan fenomena air pasang tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali, berkata keadaan itu menyebabkan air Sungai Pahang tidak boleh keluar ke laut.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun, katanya situasi itu dijangka bertambah baik dalam tempoh beberapa hari lagi, sekali gus membolehkan air dari Sungai Pahang mengalir ke laut.

"Selagi air pasang tinggi di muara, selagi itu air di Sungai Pahang tidak boleh keluar ke laut. Paras laut kena surut terlebih dahulu.

Iklan

"Air pasang ini terjadi setiap hari, tetapi ada masanya apabila air pasang besar di mana paras air laut tinggi daripada biasa menyebabkan air dari Sungai Pahang tidak boleh mengalir.

"Tapi sekarang sudah tidak hujan dan petanda baik di mana keadaan air akan surut dalam tempoh beberapa hari," katanya kepada sebuah portal berita.

Nor Hisham berkata, keadaan itu adalah normal, sekali gus tidak ada kaitan dengan sistem saliran di negeri itu.

Iklan