Akademi bomba potensi jadi hab sukan ekstrem

Iklan
1

SHAH ALAM - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah Kuala Kubu Baru berpotensi menjadi hab sukan ekstrem dengan menggunakan kemudahan dan kepakaran jurulatih anggota bomba.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia secara tidak langsung dapat melatih peminat sukan lasak bertindak sebagai responden pertama sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau bencana.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti sukan ekstrem ini juga dapat menjana pendapatan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Saya melihat potensi akademi ini menjadi hab kepada peminat sukan ekstrem memandangkan kemudahan yang ada serta kepakaran jurulatih anggota bomba.

Iklan

"Saya turut meluluskan peruntukan RM50,000 menerusi Yayasan Komuniti Negara kepada akademi ini bagi menambah baik fasiliti demi keselesaan anggota untuk membuat latihan kebombaan,” katanya dalam hantaran di Facebook selepas mengadakan lawatan ke akademi itu pada Rabu.

Pada masa sama, Zuraida menzahirkan rasa syukur dan bangga terhadap anggota bomba yang menjalankan tugas tanpa mengira masa terutama ketika negara berhadapan bencana banjir dan Covid-19.

Iklan

Katanya, ia tugas yang mulia kerana anggota bomba merupakan wira masyarakat.

Selain ABPM Wilayah Tengah di Kuala Kubu Bharu, Selangor, JBPM mempunyai empat lagi akademi latihan di Terengganu (Wilayah Timur), Perak (Wilayah Utara), Sabah dan Sarawak.