Pahang larang NGO dari luar lakukan aktiviti pembersihan

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Para sukarelawan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari luar Pahang terutama dari zon merah yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pembersihan pasca banjir di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekiranya pihak berkenaan mendapat kelulusan daripada polis untuk merentas negeri bagi tujuan tersebut, aktiviti yang dibenarkan hanya penghantaran barangan bantuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang aktiviti gotong-royong, program ramah mesra dan interaksi dengan mangsa banjir tidak dibenarkan.

"Sebarang aktiviti konvoi misi bantuan akan sentiasa dipantau oleh polis sepanjang perjalanan. Jika berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu perjalanan, kompaun akan dikenakan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Wan Rosdy berkata, bagi NGO dalam negeri yang ingin melakukan kerja gotong-royong pasca banjir, mereka perlu berdaftar secara dalam talian di https://ebanjir.pahang.gov.my.

"Semakan status kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web tersebut. Pas kenderaan yang disertakan bersama dengan surat kelulusan perlu dicetak dan dipaparkan pada kenderaan yang digunakan," katanya.

Iklan

Menurutnya, jumlah sukarelawan dibenarkan pula bergantung kepada saiz ruang yang mahu dibersihkan dengan maksimum 10 orang dalam satu-satu masa.

"Bagaimanapun, semua ahli NGO dan sukarelawan terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang sentuhan fizikal dengan mangsa banjir terutama di pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya.