KPDNHEP Kelantan sita 36,000 liter petrol

Iklan
KPDNHEP Kelantan menyita 36,000 liter minyak petrol dalam serbuan di Lubok Jong, Rantau Panjang.

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 36,000 liter minyak petrol dalam serbuan di Lubok Jong pada Rabu.

Dalam serbuan pada jam 3 petang itu, KPDNHEP Kelantan turut merampas sebuah lori yang membabitkan nilai keseluruhan termasuk bahan api bersubsidi tersebut berjumlah RM136,000.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, rampasan itu susulan tangkapan ke atas dua individu yang disyaki bertindak sebagai penyeludup bahan tersebut pada Selasa.

"Hasilnya KPDNHEP Kelantan telah berjaya menjejaki pembekal utama barang kawalan tersebut di Lubok Jong.

Iklan

"Pemeriksaan awal mendapati premis itu memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak petrol melebihi kuantiti yang dilesenkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

KPDNHEP Kelantan turut merampas sebuah lori yang membabitkan nilai keseluruhan termasuk bahan api bersubsidi tersebut berjumlah RM136,000.

Menurutnya, tangkapan ke atas kedua-dua suspek itu dilakukan menerusi operasi bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Iklan

Katanya, KPDNHEP Kelantan masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

"Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Dalam dua serbuan berasingan pada Selasa lalu, jalinan kerjasama antara agensi itu telah berjaya merampas 1,250 liter minyak petrol.

Serbuan pertama di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dan kedua di Kampung Kubang Rambutan.