RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Sepuluh orang dilaporkan maut dalam kebakaran di sebuah pusat latihan kelab bola sepak di Brazil, awal hari ini.
Kebakaran di pusat latihan Ninho de Urubu, milik kelab bola sepak Flamengo di Rio de Janeiro itu turut mencederakan tiga yang lain.
Iklan
Iklan
Insiden dilaporkan terjadi di bangunan asrama pusat latihan terbabit yang menempatkan pemain berumur antara 14 hingga 17 tahun.
Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti dan punca kebakaran masih disiasat.
Flamengo merupakan antara kelab bola sepak terbesar dan terkenal di Brazil. - BBC