KUALA LUMPUR - Parti DAP diminta berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat Covid-19 atas kepentingan peribadi, sebaliknya perlu fokus dalam usaha membantu memerangi penularan wabak itu dan menjaga kebajikan rakyat, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.
Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, tindakan mempertikaikan pengisytiharan darurat oleh segelintir pemimpin DAP, menunjukkan tanda tidak hormat dan tidak setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.