Selebriti media sosial kumpulan pertama diberi vaksin Covid-19

Iklan
Raffi Ahmad menerima suntikan vaksin di Istana Merdeka di Jakarta bersama Jokowi pada Rabu. - Foto Agensi

JAKARTA - Golongan 'sosial media influencer' atau digelar selebriti media sosial antara mereka yang tergolong dalam kumpulan pertama yang diberikan 'keutamaan' untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia selepas program vaksinasi dilancarkan bermula Rabu.

Personaliti TV popular, Raffi Ahmad yang mempunyai hampir 50 juta pengikut di Instagram turut mendapat suntikan bersama Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah. Jangan takut untuk dapatkan suntikan vaksin," ujar selebriti media sosial di bawah kapsyen rakaman video memaparkan beliau diberikan suntikan tersebut.

Pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk menyenaraikan golongan 'influencer' dalam kumpulan pertama bersama hampir 1.5 juta kakitangan kesihatan pada pusingan pertama program vaksinasi itu adalah strategi komunikasi pemerintah.

Iklan

Kementerian Kesihatan tidak menyatakan jumlah 'influencer' yang berada dalam senarai kumpulan pertama itu, namun penyanyi Ariel yang sebelum ini menjadi vokalis kumpulan Peter Pan dan komposer, Risa Saraswati antara yang menerima suntikan vaksin pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Bandung, Ahyani Raksanagara berkata, golongan selebriti itu diharap dapat menyampaikan pengaruh dan mesej positif tentang vaksin terutamanya kepada golongan muda yang ragu-ragu dengan keberkesanan dan keselamatannya.

Iklan

Bulan lalu, keputusan kaji selidik menunjukkan hanya 37 peratus penduduk sedia menerima suntikan vaksin manakala 40 peratus lagi masih mahu mempertimbangkannya dan 17 peratus lagi golongan antivaksin.

Selain itu, segelintir doktor turut menyuarakan keraguan tentang penggunaan vaksin CoronaVac dihasilkan Sinovac Biotech di China yang telah menunjukkan keberkesanan pada kadar 50 hingga 91 peratus menerusi kajian dilakukan di Brazil dan Turki.

Indonesia menjadi negara di Asia Tenggara paling teruk terjejas pandemik itu dengan mencatatkan lebih 869,000 kes jangkitan dan 25,000 kematian. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Jokowi individu pertama terima suntikan vaksin Covid-19