Riadah Perintah Kawalan Pergerakan

Iklan

Orang ramai dilihat melakukan aktiviti riadah ketika tinjauan di luar pagar Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata semua aktiviti riadah dan berbasikal tidak dibenarkan sepanjang PKP ini, melainkan taman di kawasan perumahan dan kejiranan berikutan terdapat aduan berlaku kesesakan di taman awam ketika PKP dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Justeru, kerajaan juga menegaskan semua taman awam mini ditutup, kecuali taman awam dalam kawasan perumahan.