Pusat beli belah sunyi

Iklan
Keadaan semasa di pusat beli belah Nu Sentral yang sunyi ekoran kebanyakan premis ditutup selepas kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) bagi membendung penularan wabak COVID-19 ketika tinjauan hari ini. PKP 2.0 yang dijalankan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Januari hingga 26 Januari ini.