KUALA TERENGGANU - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil.