Arteta berpuas hati walau diikat The Eages

Iklan
Penyerang Arsenal, Pierre - Emerick Aubameyang (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan Crystal Palace di Emirates pada awal pagi Jumaat.

BIARPUN Arsenal sekadar terikat 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Crystal Palace di Emirates pada awal pagi Jumaat, namun pengendalinya, Mikel Arteta tetap berpuas hati dengan aksi kesebelasan skuad kendaliannya itu.

Menurut Arteta, kesebelasan pemain dilihat telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan di sebalik kepenatan akibat mengharungi jadual perlawanan yang padat sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, benteng pertahanan pelawat juga telah beraksi dengan baik hingga sukar ditembusi jentera serangan The Gunners.

"Saya sememangnya mahukan kita menang pada perlawanan ini dan menjaringkan banyak gol tetapi ia tidak berlaku.

Iklan

"Kita berjaya masuk ke kawasan mereka (Crystal Palace) tetapi kita kita tidak ada sebarang peluang untuk menjaringkan gol malah kami juga banyak ‘kehilangan’ bola kepada lawan.

"Apa pun, saya tidak boleh menafikan pemain telah beraksi dengan penuh bersemangat pada perlawanan berkenaan, walaupun ia masih belum mencukupi untuk kita mencatatkan kemenangan,” katanya.

Iklan

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal berada pada kedudukan kesebelas EPL dengan 24 mata hasil tujuh kemenangan, seri tiga kali dan tewas lapan kali daripada 18 perlawanan.

Sementara itu, Arteta memaklumkan pemain sayap, Kieran Tierney akan menjalani rawatan imbasan MRI esok berikutan kecederaan yang dialaminya.

"Bagi saya, dia (Tierney) adalah pemain yang penting bagi kami kerana dia mampu menggerakkan serangan dari sebelah sayap.

"Kini, kami juga perlu mencari penyelesaian bagi memantapkan jentera serangan kita kerana ramai dalam kalangan pemain kita yang sebenarnya kurang cergas,” katanya.