Pelitup muka fabrik punca dijangkiti Covid-19 kurang tepat: KKM

Iklan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan tajuk berita 'Covid-19: Pelitup Muka Jenis Fabrik Punca Dijangkiti' seperti yang tular di media sosial. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan tajuk berita 'Covid-19: Pelitup Muka Jenis Fabrik Punca Dijangkiti' seperti yang tular di media sosial.

KKM memaklumkan penggunaan tajuk berkenaan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Iklan
Iklan

Pemakluman berita palsu berkenaan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 12.45 tengah hari ini.

Sehubungan itu KKM menasihati orang ramai untuk merujuk media sosial rasmi KKM di Facebook (Kementerian Kesihatan Malaysia), Twitter (KKMPutrajaya) dan Instagram (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mendapatkan maklumat sahih. - Bernama

Iklan
Iklan