Gesa turunkan harga barang di Sabah, Sarawak

Iklan
Sebanyak RM40 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyelaraskan harga barang terutama di Sabah dan Sarawak. Gambar kecil: Joseph

MIRI - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dan Sarawak perlu berkolaboratif untuk menurunkan harga barangan kegunaan harian dan barangan penting di kedua-dua negeri tersebut dengan segera.

Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) susukan pelaksanaan Perintah Kawalan

Iklan
Iklan

Pergerakan (PKP) di bandar-bandar utama iaitu Kuching, Sibu dan Miri pada Rabu.

Presiden dan Pengasas TRADA, Joseph Anak Janting berkata, komuniti di Sabah dan Sarawak telah lama terkesan akibat impak Covid-19 terutama golongan belia dan B40 yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Iklan

Beliau berkata, beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat di Sabah dan Sarawak akibat krisis pandemik ini menjadi bertambah buruk disebabkan kos barangan kegunaan harian dan barangan penting yang tinggi.

"Barangan seperti pakaian, makanan, barangan pengguna dan kenderaan lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung disebabkan faktor seperti logistik, saiz pasaran dan sistem pengedaran,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Iklan

Menurut Joseph, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika ini sedang melaksanakan program menyelaraskan harga barangan dengan peruntukan sebanyak RM40 juta di bawah Belanjawan 2021.

"Kami mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh KPDNHEP dan menyeru agar proses itu disegerakan. TRADA juga percaya bahawa harga barangan kegunaan harian pengguna hendaklah diturunkan lebih rendah lagi akibat krisis ini dan dengan mempertimbangkan paras purata pendapatan isi rumah di Sabah dan Sarawak yang jauh lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia," katanya.

Dengan lebih ramai rakyat berdepan dengan tekanan kewangan, katanya, harga yang mahal akan dikhuatiri akan mendorong pengguna beralih kepada produk-produk pasaran gelap yang begitu mudah diperoleh di Sabah dan Sarawak disebabkan sempadan negara yang luas.

"Situasi ini nanti akan mengakibatkan segala macam masalah sosial dan ekonomi,” ujar Joseph.

Mengambil contoh pasaran rokok seludup, Joseph berkata, harga rokok sah di Sabah dan Sarawak adalah tiga hingga lima kali lebih mahal berbanding rokok seludup.

"Itulah sebabnya mengapa di Sabah dan Sarawak, sebanyak 9 daripada 10 rokok yang dijual adalah rokok seludup. Itu adalah penguasaan keseluruhan pasaran oleh penyangak rokok seludup di dua negeri ini,” tegasnya.

Dari segi usaha penyelesaian terhadap masalah khusus ini, katanya, TRADA menyokong cadangan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan agar diadakan program perintis untuk membawa harga rokok sah lebih dekat dengan rokok seludup.

"Sabah dan Sarawak adalah medan ujian yang paling ideal untuk pelaksanaan cadangan itu disebabkan begitu teruknya pasaran rokok seludup di kedua-dua negeri ini,” kata Joseph.

Dalam usaha tidak membenarkan pasaran gelap barangan penting harian menjadi tidak terkawal seperti jualan rokok seludup, katanya, harga-harga barangan boleh diturunkan dengan pantas menerusi dasar-dasar inovatif, reformasi cukai, penggunaan teknologi dan kolaborasi lebih baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Pada masa yang sama, tidak mengira sama ada PKP atau darurat, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah terus peka, tegas dan proaktif di dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap penyeludup pasaran gelap bagi melindungi ekonomi dan pengguna,” kata Joseph