Aepul Drama Band positif Covid-19

Iklan
Paparan Instagram Aepul setelah disahkan positif Covid-19. - Foto Instagram Aepul

SHAH ALAM - Vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kedua pada Khamis.

Menerusi entri Instagram rasminya, Aepul menjelaskan dia sudah menjalani kuarantin sejak beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian itu disahkan negatif.

"Saya sudah mula menjalani kuarantin di rumah sejak beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih," tulisnya yang mendapat perhatian para peminat.

Iklan

Dalam hantaran yang sama, bapa kepada seorang anak itu berkata, dia tidak akan menerima sebarang panggilan telefon buat masa ini.

Selain itu, pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar juga disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama.

Iklan

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong, suami positif Covid-19