FA, PL dan EFL yakin tamatkan saingan musim 2020/21

Iklan
Pemain EPL juga perlu mematuhi protokol ditetapkan kerajaan bagi memastikan saingan musim 2020/21 berterusan dan ditamatkan mengikut jadual.

PERSATUAN Bola Sepak (FA), Liga Premier (PL) serta pihak Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) yakin saingan bagi musim 2020/21 dapat disempurnakan dan menggesa kesemua kelab serta pemain untuk mematuhi sekatan/larangan yang telah ditetapkan kerajaan.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, kesemua badan pentadbir bola sepak Inggeris itu turut memaklumkan mereka turut memainkan peranan dalam membantu membendung penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

"Kesemua pihak samada dari FA, PL dan EFL selain Liga Super Wanita Barclays diingatkan untuk memberikan keutamaan dalam usaha membendung penularan Covid-19 khususnya dalam kalangan semua pihak yang terlibat dengan bola sepak.

"Ketika ini keselamatan adalah keutamaan dan dalam masa sama bola sepak tetap memerlukan sokongan berterusan daripada kelab, pihak pengurusan, pemain dan semua pihak terlibat.

Iklan

"Ia sekali gus akan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat di luar sana bagaimana kita melakukan tindakan mengawal penularan wabak Covid-19 ini menerusi protokol khas dalam memastikan saingan musim ini dapat diteruskan sebelum ditamatkan dengan jayanya,” katanya.

Terdahulu beberapa perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) telah ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19 seperti aksi Aston Villa menentang Tottenham Hotspur serta Everton, Burnley menentang Fulham pada awal bulan.

Iklan

Selain itu aksi Everton dan Manchester City Disember lalu juga telah ditunda hingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurut kenyataan media itu lagi, selain memberikan fokus utama untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak terjamin, FA, PL dan EFL turut mahu memastikan saingan liga bola sepak dapat berjalan seperti biasa.

"Bola sepak selaku sukan nombor satu dunia dilihat memiliki tanggungjawabnya yang tersendiri dan pada saat-saat kritikal seperti ini ia sememangnya menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mematuhi segala arahan dan protokol daripada kerajaan.

"Justeru adalah penting untuk industri bola sepak khususnya menerusi pemain menunjukkan contoh terbaik kepada orang ramai agar mematuhi arahan dan protokol kerajaan.

"Kita yakin dan percaya jika ini berjaya dilakukan bersama dengan sokongan semua pihak, saingan musim 2020/21 kali ini akan dapat teruskan dan kemudiannya dijangka dapat ditamatkan pada Mei,” katanya.